Monday, June 9, 2014

LANGKAH PERTAMA KE ARAH FINANCIAL FREEDOM



Kim Kiyosaki dalam bukunya Rich Woman, berkongsi langkah demi langkah untuk kita mencapai financial freedom. LANGKAH 1 : MENENTUKAN NILAI KEKAYAAN KITA

Apakah maksud 'kekayaan'? Bagaimana nak menentukan nilai kekayaan kita? 

Ringkasnya, kekayaan adalah berapa lama kita mampu bertahan TANPA BEKERJA... Kalau kita berhenti kerja hari ni, berapa lama kita mampu bertahan dengan menggunakan wang yang kita ada?

3 Langkah Untuk Menentukan Nilai Kekayaan Kita

Langkah 1 : Jumlahkan semua belanja sara hidup kita...merangkumi semua belanja tetap, hutang piutang dan belanja rutin termasuk makan minum dll. Jumlah ini adalah berapa banyak yang kita perlukan untuk 'bertahan' setiap bulan.

Langkah 2 : Jumlahkan semua wang yang kita ada (tak termasuk gaji)...maksudnya kalau kita berhenti kerja hari ni, berapa banyak wang yang kita ada dalam akaun simpanan, sijil simpanan, amanah saham, dan terimaan tunai dari aset (cth hasil dari rumah sewa). 

Langkah 3 : Bahagikan jumlah tunai di Langkah 2 dengan jumlah belanja di Langkah 1. Hasilnya adalah nilai kekayaan kita iaitu berapa lama kita mampu bertahan dari segi kewangan tanpa bekerja.

CONTOH:

Jumlah belanja : RM5,300
Jumlah wang simpanan dll : RM24,000
Nilai kekayaan : RM24,000 / RM5,300 = 4.5

Maksudnya, sekiranya kita berhenti kerja hari ini, kita mempunyai wang yang cukup bagi menampung belanja sara hidup kita selama 4 bulan setengah sahaja....

Selanjutnya kita akan bincangkan langkah demi langkah untuk mencapai tahap kebebasan kewangan yang kita impikan...

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada rakan-rakan semua...


No comments:

Post a Comment