Inilah mentor-mentor tersayang yang telah membimbing dan membantu saya dalam biz ni sehingga berada di tahap sekarang. Komitmen, tunjuk ajar dan kesungguhan mereka sangat saya hargai dan kagumi kerana mereka tak pernah penat dan putus asa untuk memastikan saya berjaya.....

DSM Wannoraini Abdul Latif, yang bertanggungjawab 'menjebakkan' saya dalam biz ni. Seorang pensyarah di Uitm Melaka, kesungguhan dan semangat beliau dalam berbisnes sangat saya kagumi. Kesibukan sebagai pensyarah langsung tidak menghalang beliau memberikan 100% komitmen dalam membimbing kami anak didik beliau agar sama-sama berjaya.
DDM Tun Mozla Tun Mamat dulunya seorang bankers. Namun takdir menentukan beliau untuk menjadi usahawan berjaya. Saya sangat kagum dengan ketabahan beliau dan suami dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup, hingga berada di tahap sekarang. Ketegasan dan kesungguhan beliau sentiasa mendorong kami untuk berusaha lebih gigih untuk berjaya dalam biz ni.
CDM Dr Kamesah Omar, seorang wanita yang sangat komited dalam setiap bidang yang diceburi. Selain menguruskan klinik persendirian, Pusat Rawatan Impian, beliau bersungguh-sungguh dalam biz sehingga berjaya mencapai pangkat tertinggi CDM dalam masa yang singkat.
CDM Norazlin Nordin, STG's top leader & mastermind. Memanfaatkan segala pengalaman dan ilmu beliau untuk membimbing lebih ramai para usahawan ke arah financial freedom. Kini memegang pendapatan 6 angka sebulan, kebijaksanaan dan kerja keras beliau sememangnya sangat berbaloi-baloi. Mentor jutawan yang patut dijadikan inspirasi semua wanita.....
Kepada semua mentor yang sangat saya kagumi, tqvm atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Akan saya jadikan sebagai inspirasi dalam mengejar impian saya...semoga impian akan terlaksana...in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment